Wednesday 11 December 2013

2 dekad yang lepas. pada jam 1.35 petang 11 Disember 1993

Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu KlangSelangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.

Di bawah ini saya telah kumpulkan beberapa sedutan dan kisah kejadian runtuhan Highland Towers dari beberapa sumber media. Juga terdapat sebuah dokumentari dari The History Channel sebuah siri televisyen Amerika yang membuat liputan 3 tahun yang lepas. Saya juga telah memuat naik video tersebut dan menterjemahkan isi kandungan dalam video itu





HISTORY CHANNEL

Tragedi Highland Towers
11 Disember 1993
1.35 petang





Bagaikan sepasang batu nisan gergasi di sudut  Kuala Lumpur, tersergam tinggalan 2 Blok pangsapuriusang dan kosongIa digelar Highland Towers. Blok ketiga pernah tersergam di sebelahnyahari ini tinggal ruang kosong ditumbuh semak dimamah hutan. 

20 tahun yang lalublok ketiga yang telah lama lenyap itutumbang dalam bencana sekelip mata. 


DR Hooi  - Penduduk Blok 1 
Saya nampak ia tumbang dalam gerakan perlahanGerakan yang amat perlahan dan kemudian seluruh bangunan menyembah bumiKenudiankeadaan menjadi sunyi sama sekaliKesenyapan yang menyakitkan.. 

Keruntuhan Highland Tower meragut 48 nyawaIni adalah kronologi tragedi tersebut. 

Pada tahun 1993, Highland Towers terletak di Oasis Hijau,  sebelah timur Kuala Lumpur ibu negara Malaysia dan menawarkan penduduknya pemandangan indah kota raya itu 


Mike Rickard - Penduduk blok 2 
Tempat yang selesa untuk didiamisejukberangin dan sungguh hening. 


DR Hooi - Penduduk Blok 1 
Saya sudah menduduki tempat itu selama 14 tahun dan ada di kalangan penduduknya adalah kawan rapat saya. 


Annette Bashir - Penduduk Blok 1 
Persekitaran yang sangat bagusKanak kanak di sana bebas untuk pergi ke rumah kawanSemangat kemasyarakatan juga sangat bagus. 


Highland Towers terdiri daripada 3 blok, 12 tingkat yang serupaSetiap blok mempunyai dua menara dalam satudicantumkan dengan teras perkhidmatan tengah termasuk lif dan tangga. 

Terdapat lereng bukit yang curam mencerun rapat di belakang tiga menara ituSebahagiannya ditereskan untuk memberi ruang pada lebih banyak pembangunanKeselamatan penduduk Highland Towers bergantung pada kekukuhan struktur cerun bukit tersebut. 

Disember 1993, monsun timur laut tiba mengikut jadualSeperti biasa, Kuala lumpur dilanda hujan lebat 


Hilton Lee - Penduduk Blok 2 
Hujan berterusan 


DR Hooi - Penduduk Blok 1 
Hujan sungguh lebatbeturut turut selama 2 minggu. 


DR Lain Gray - Penduduk Blok 3 
Hujan lebat memamng biasa pada musim itutapi kali ini agak luar biasa. 

Pada awal pagi 11 Disemberhujan renyai renyaiTidak lama kemudianhari kembali cerah dan sungguh melegakanNamun tidak kelihatan, di bawah cerun curam dibelakang menara itusesuatu sedang bergerak yang akan membawa tragedi dan meragut nyawa 

Seorang remaja, Sasha Bashir akan menghadiri kelas tarian di kawasan bandar. 


Sasha Bashir - Penduduk Blok 1 
Sebelum meninggalkan rumah pagi itusaya berpaling dan melihatSaya dapat merasakan sesuatu yang anehSeolah olah saya tidak akan dapat melihat bangunan itu lagi 

Hari Sabtu yang biasa di Malaysia, ramai penduduk telah pergi bekerja pagi itu. Di dalam blok 1 beberapa suri rumah sedang melakukan kerja rumah hujung mingguSelepas makan tengah haridunia mereka berubah buat selama lamanya. 


Annette Bashir - Penduduk Blok 1 
Terdapat bunyi yang sangat kuatsaya tak tahu bunyi apatapi sungguh kuatmemekakkan. Ada perasaan yang menakutkan  

Dalam perjalanan balik, DR Hooi singgah untuk berbual dengan seorang kawan yang tinggal di tingkat 1 dan pangsapurinya sedang diubahsuai. 


DR Hooi - Penduduk Blok 1 
Saya juga dengar bunyi menderumsaya tanya dia adakah pekerjanya sedang menggerudi lantai. 

Di tingkat 4 blok 2 bersebelahan, Bruce Mitchell rakyat America yang sedang bercuti baru sahaja pulang dari membeli belah untuk persediaan sambutan Hari KrismasDia menikmati bir di balkoninya dan dia dapat melihat keadaan Blok 1 dengan jelas. 





Bruce Mitchell - Penduduk Blok 2 
Tiba tiba saya terdengar bunyi menderum yang kuatSaya sangka ada orang membuang tin ke dalam saluran sampah tetapi bunyi itu berterusan. 

Bruce teringat untuk mengambil kameraDia nampak tembok penahan di belakang Blok 1 roboh. 


Bruce Mitchell - Penduduk Blok 2 
Saya nampak pergerakkan di atas bukitmacam ada sesuatu di bawah rumputIa beralunkemudian semuanya bagaikan tercurah dari lubang besar pada tembok penahan itu. 

Di dalam pangsapuri tingkat 3, ibu Sasha Bashir, Annette menyedari ada sesuatu yang tidak kena. 


Annette Bashir - Penduduk Blok 1 
Saya dan anak kedua berada di rumah ketika ituSaya segera mengajak anak saya Sabrina untuk keluarDia jenis yang mematuhi dan tanpa bertanyadia menuruti langkah saya. Kami melompat menuruni anak tanggamelompat dua tiga anak tanggaJantung saya seolah olah berdegup hingga ke mulut saya. 

Di tingkat bawah, DR Hooi membuat keputusan yang menyelamatkan nyawanya 


DR Hooi - Penduduk Blok 1 
Batu batu besar jatuh ke arah kami dari tangga belakangSaya dapat merasakan ada bahayasaya segera mengajak rakan saya keluar. 

Di tingkat 4, Carlos Musa sedang mandiIsterinya Rosina terasa bahaya yang besarDia mempunyai seorang bayi, Marisa. 


DR Ridzwan Bakar - Adik kepada Rosina Bakar 
Kakak saya berkata kepada Lita, orang gajinyabawa Marisa keluar secepat mungkinSedang dia menuruni tanggadinding bangunan itu mulai retakApabila dia sampai ke tingkat bawahtanah mula merekah dan dia terpaksa melompat dan dia jatuh tiga kali sebelum dia terselamat. 


DR HooiPenduduk Blok 1 
Kami lari sejauh lebih kurang 200 meter, saya menoleh ke belakang dan saya tak percayaApa yang saya lihat 


Annette Bashir - Penduduk Blok 1 
Bangunan itu mula bergetarSaya masih ingat berkata pada anak sayakita dah sampai sejauh inimak tak nak terbunuh akibat konkrit melayang. 

Bruce Mitchell masih mengambil gambar dari Blok 2. 


Bruce Mitchell - Penduduk Blok 2 
Saya terkejut sebab bangunan itu mula bergerakIa menggelongsorTiba tiba ada bunyi sentapan dan bangunan itu mula tumbang. 

Penduduk yang terselamat menyaksikan detik terakhir Blok 1. 





Zhariff Affandi - Penduduk Blok 1 
Apabila ia rebah ke tanahkepulan debu yang besar menyelubungi menutupi segala galanyaTiada siapa siapa dapat melihat apa apa. 


Hilton Lee - Penduduk Blok 2 
Cuma bunyi bangunan itu tumbang berterusan.beberapa saat dan selepas itu senyapSesuatu yang kita lihat dalam filembukan dalam kehidupan sebenar. 


DR Lain Gray - Penduduk Blok 3 
Tak percayaBagaimana ini boleh berlakuIni Malaysia. Kita bukan dalam zon gempa bumi 

Zhariff Affandi sedang bermain di Blok 2, ada beradiknya berada di Blok 1.  


Zhariff Affandi - Penduduk Bloik 1 
Saya berlari lari macam orang gila cuba mencari adik beradik sayatanya orang kalau klau ada yang nampak mereka 


Ia mengambil masa 5 minit saja untuk Blok 1 Highland Towers tumbang seperti terup konkrit. 12 tingkat pangsapuri terhempas dan punah. 50 kediaman keluarga telah musnahBilangan penduduk yang tidak diketahui terperangkap di dalam timbunan runtuhan itu 

Pasukan kecemasan Kuala Lumpur berhadapan operasi menyelamat paling mencabar dalam sejarah bandar raya itu 

11 disember 1993, di daerah Ampang, Kuala Lumpur, Blok 1 Highland Towers tumbangTidak diketahui bilangan penduduk yang terperangkap di bawah runtuhan itu 

Jabatan Bomba negara adalah yang pertama bertindak 





Che Dawud Adli Yusoff - Ahli Bomba Negara 
Lebih kurang pukul 1.30 petang, kami menerima panggilan tentang Highland Towers yang tumbang. Kami terus bergegas ke tempat kejadianSaya terkejut dan tergamam setibanya kami di sana 

Ahli ahli bomba itu menghadapi suasana kemusnahan yang tiada taranya. Beribu ribu tan keluli dan konkrit tetulang kelihatan seperti dimusnahkan oleh pukulan tangan gergasi. 

Dari runtuhan itu, bergema simfoni nyaring penggera kereta. 

Bagi pasukan bomba, keruntuhan pangsapuri ini adalah cabaran terbesar pernah mereka hadapi.  


Hilton Lee - Penduduk Blok 2  
Apabila pasukan bomba pertama tiba di tempat kejadian, mereka melihat saja bangunan itu seketika. Saya rasa mereka tak tahu apa nak buat. Mungkin mereka belum pernah melihat kejadian sebegini. 

Pasukan bomba ada sebab untuk berhati hati. Tapak nahas itu berpotensi menjadi perangkap maut. 


Azmi Morah Abas - Ahli Bomba Negara 
Saya dan rakan sepasukan saya rasa kami perlu bertindak melakukan sesuatu bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap dan kami mula membuat pencarian rambang disekeliling bangunan. Kami masih khuatir untuk masuk ke bangunan yang tumbang itu kerana ianya masih dalam keadaan tidak stabil. 


Mike Rickard - Penduduk Blok 2 
Seluruh struktur itu masik berkerik dan mengerang. Konkrit masih memecah, serpihan masih melayang. Bangunan itu masih bergerak dan bila bila masa saja boleh runtuh lagi. 


Che Dawud Adli Yusoff - Ahli Bomba Negara 
Bau petrol dan juga gas masak kuat dan bangunan itu masih bergerak. Kami masih boleh dengar derap derup pergerakan bangunan tersebut. 

Bahaya paling besar yang penyelamat hadapi ialah kemungkinan dua menara yang berkaitan dengan blok 1 itu tumbang juga. 


Mike Rickard - Penduduk Blok 2 
Bahagian hadapan bangunan itu hancur menjadi setebal kurang semeter atau semeter setengah. Bahagian lain bangunan itu tegak seperti tulang ikan. Lantainya masih elok dan sepatutnya mendatar. 


Tulang ikan atau lantai menegak ini kini menjadi dinding menegak yang akan menimpa penyelamat jika mereka memasuki struktur itu. Keadaan berbahaya blok 1 hanyalah satu kebimbangan pada pasukan penyelamat. Mengawang di lokasi ini, ialah dua menara lain dan dikhuatiri akan tumbang bila bila saja. 

Pengarah siasatan Jenayah, Zaman Khan, memutuskan untuk mengosongkan dua lagi menara Highland Towers itu serta merta  


Zaman Khan - Pengarah siasatan Jenayah 
Kami rasa lebih selamat untuk mengosongkan dua lagi menara Highland Towers. 

Sedang penyelamat berusaha mengatur strategi, saudara mara yang kesedihan berkumpul. Apa yang terjadi sangat menakutkan. 


DR Lain Gray - Penduduk Blok 3 
Ramai saudara mara disana sangat terkejut, tak percaya. Bagaimana boleh berlaku pada saya? Mana orang yang saya sayang? 


Penghuni Blok 1, DR P.G. Goerge baru sahaja pulang dan mendapati isteri dan anak perempuannya hilang  



Annette Bashir - Penduduk Blok 1 
Kami nampak DR George dan dia tak berdaya berjalan. Mereka memimpinnya. Itulah hakikat tentang apa yang terjadi. 

Zhariff Afandi yang mencari adik beradiknya mengharapkan satu berita baik bahawa adik beradiknya masih selamat. 


Zhariff Afandi - Penduduk Blok 1 
Nasib mereka baik. Mereka berjaya melepaskan diri walaupun pasir menimpa mereka. Orang gaji kami mengalami luka luka. Saya sungguh lega, 

Apabila Soh Chai Hock, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba Malaysia tiba di lokasi nahas itu, dia tidak dapat membayangkan cabaran yang anggotanya hadapi sekarang dan keterdesakan tugas mereka.  


Soh Chai Hock - Timbalan Pengarah Pasukan Bomba Malaysia 
Dalam 30 tahun saya bertugas, saya tidak pernah melihat keruntuhan bangunan sebesar itu.  

Pasukan Bomba tiada peralatan khusus yang diperlukan untuk menghadapi keruntuhan bangunan sebesar ini tetapi Soh Chai Hock mengarahkan pasukannya untuk bertindak. 


Soh Chai Hock - Timbalan Pengarah Pasukan Bomba Malaysia 
Pasukan Bomba tak ada peralatan untuk tugas itu. Kami tak ada peralatan khusus untuk mengendalikan bencana seperti itu. Tapi kami tak boleh melihat saja tanpa bertindak. Kami beri yang terbaik, kami akan masuk dan keluarkan mangsa.  


Zaman Khan - Pengarah siasatan Jenayah 
Saya bersama beberapa ahli bomba memanjat menggunakan tangga. Kami meninjau dan saya berpesan pada mereka agar berhati hati. Cuba lihat sekeliling jika ada mangsa yang terperangkap. 

Serta merta ahli Bomba, Mahandran Muniandy terdengar bunyi yang sangat mereka harapkan, jeritan mangsa meminta pertolongan.  


Mahandran Muniandy - Ahli Bomba Negara 
Apabila saya naik ke atas, saya cuba menjerit dan mencari jika ada mangsa disekitar itu dan saya terdengar bunyi. 

Mahandran.cuba mengesan bunyi itu sehingga ke tingkat enam bangunan tersebut. 


Mahandran Muniandy - Ahli Bomba Negara. 
Apabila kami sampai ke situ, kami nampak ada seorang mangsa ditimbus oleh dinding menutupi lebih separuh dari badan mangsa dan menjadi satu masalah untuk kami mengangkat dinding berat tersebut. Mangsa juga cuba menolak dinding tersebut. 

Mangsa yang terperangkap itu ialah seorang wanita Jepun, Shizue Nakajima. Dia cedera parah. 


Azmi Morah Abas - Ahli Bomba Negara 
Badan mangsa kebiru biruan. Kami perlu menunggu bantuan peralatan lebih kurang setengah jam. 

Semasa penyelamat berhempas pulas untuk menyelamatkan Shizue, mereka terdengar jeritan yang kedua tetapi agak sukar untuk dikesan arah datangnya suara itu.  


Zaman Khan - Pengarah siasatan Jenayah 
Kami dengar jeritan meminta tolong dan kami cuba mengesan di sekeliling dan kami hanya nampak timbunan runtuhan tersebut.  

Salah seorang penyelamat ternampak sebatang kayu bergerak gerak sambil terjuih keluar dari runtuhan tersebut. Sedang mereka mengorek, sesuatu yang menyayat hati muncul di depan penyelamat. 


Zaman Khan - Pengarah siasatan Jenayah 
Kami sangat terkejut. Ada seorang bayi bersama ibunya. Kami bawa bayi itu keluar dan sekali lagi kami agak terkejut tetapi bersyukur dalam masa yang sama kerana bayi itu langsung tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Bayi itu, Nur Hamidah, 16 bulan, terselamat.  

Akhirnya pasukan bomba berjaya mengeluarkan wanita jepun yang cedera itu. Sebuah kren tiba dilokasi itu dan dia diselamatkan dengan lebih mudah. 

15 minit kemudian, ibu kepada bayi yang terselamat itu juga berjaya dikeluarkan. Dia merupakan seorang pembantu berasal dari Indonesia bernama Umi Rashidah. 

Bagi pasukan penyelamat dan saudara mara yang menunggu, tiga mangsa yang diselamatkan memberi semangat dan membawa harapan. 


Soh Chai Hock - Timbalan Pengarah Pasukan Bomba Malaysia 
Kami amat gembira ketika itu dan berfikir bahawa mangsa lain boleh dijumpai. 

Tapi pasukan penyelamat kini menghadapi satu lagi masalah. Tiada siapa dapat mengesahkan bilangan penghuni yang terperangkap di dalam blok 1 semasa ia tumbang.  


Mike Rickard - Penduduk Blok 2 
Jumlah mangsa langsung tidak diketahui. Boleh jadi 150 orang atau kosong. Penghuninya berkemungkinan tiada kerana masa itu merupakan waktu makan tengah hari di hari Sabtu. Kami benar benar tidak tahu berapa mangsa yang terperangkap. 

Soalan yang lebih penting, adakah mangsa yang terperangkap masih hidup. 

Hari pertama operasi menyelamat di Highland Towers. Ramai kru televisyen dan wartawan mengerumuni di lokasi tersebut dan berita bencana tersebut tersebar pantas ke seluruh Kuala Lumpur. Mereka yang mempunyai saudara dan kawan kawan di Highlands Towers bimbang mungkin ada orang yang tersayang terperangkap di dalam runtuhan tersebut 


Rahat Bano - Ibu kepada Anna Bano 
Kami sedang menonton filem hindi dan ada berita terkini mengatakan ada bangunan yang runtuh. Kaki saya mula menggigil.  

Anak Rahat, Anna, menantunya yang berasal dari British, Robin, dan cucunya berada di blok 1 semasa ia tumbang. 


Rahat Bano - Ibu kepada Anna Bano 
Kami duduk di hadapan TV menunggu berita selanjutnya. Seorang warga Jepun bersama seorang warga Indonesia bersama anaknya terselamat. Kami juga mengharapkan dia (Anna) terselamat.  


Nissa Bano - Adik kepada Anna Bano 
Kami berharap agar dia selamat. Mungkin ada keajaiban yang berlaku. Mungkin dia masih hidup.  

Bagi mereka yang melihat dan menunggu, berita 3 mangsa yang terselamat itu memberi harapan. DR Ridzwan Bakar juga sedang menunggu berita tentang kakaknya Rosina dan juga abg iparnya Carlos Musa. 


DR. Ridzwan Bakar - Adik kepada Rosina Bakar 
Perasaan saya ketika itu hanyalah menaruh harapan. Berharap agar penghuni dalam pangsapuri ketika itu masih hidup.  

DR Ridzwan menawarkan diri sebagai penyelamat dan menyertai ramai orang awam lain yang menawarkan diri untuk membantu pasukan bomba. Seorang lagi sukarelawan, Mike Rickard, Jurutera Keselamatan, terkejut dengan apa yang dilihatnya.  


Mike Rickard - Penduduk Blok 2 
Kami perlu cari traktor. Saya pergi ke sana dan bertanya, boleh saya bantu? Suasana di sana tidak teratur. Tiada siapa yang mengetuai operasi. Ia operasi yang tidak terancang. 

Beberapa jam selepas runtuhan itu, banyak yang masih perlu diatur. Pasukan keselamatan bergantung kepada individu dan syarikat tempatan yang bermurah hati mendermakan segala peralatan penting. 


Soh Chai Hock - Timbalan Perngarah Pasukan Bomba Malaysia 
Mereka sungguh bermurah hari, terutamanya komuniti perniagaan. Mereka menghantar trak dan jentera berat bersama pengendalinya. 


Zaman Khan - Pengarah Siasatan Jenayah
Kami perlu membuka mulut untuk meminta, dan bantuan akan datang. 

Disebabkan runtuhan Blok 1 itu masih tidak stabil ada 1 peralatan ringkas yang amat diperlukan.  


Mike Rickard - Penduduk Blok 2 
Kami memerlukan bicu akro (Acro Jacks) sejenis perancah yang membolehkan pemisahan konkrit.  

Dengan beberapa ratus bicu akro dipasangkan, pasukan penyelamat dapat masuk lebih jauh ke dalam bangunan itu tanpa risau akan keruntuhan seterusnya. 


Soh Chai Hock - Timbalan Pengarah Pasukan Bomba Malaysia 
Kami masuk ke celah dinding yang runtuh.dan keluarkan batu batu dengan teliti dan cuba memasuki ke bahagian lebih dalam bangunan itu. 


Mike Rickard - Penduduk Blok 2 
Untuk mengeluarkan sisa runtuhan itu, pada mulanya ada satu cara sahaja iaitu menghantar batu itu mengikut barisan keluar dari bangunan itu. Kami tidak ada masa. Kami masuk, dan mencari.  

Pada petang hari pertama, Perdana Menteri, DR, Mahathir tiba dilokasi bencana. Highland Towers kini menjadi berita antarabangsa dan DR Mahathir meminta bantuan dari serata dunia. Perdana Menteri juga mahukan jawapan, berapa ramai orang yang masih terperangkap dalam bangunan itu dan kenapa ia tumbang. Seorang jurutera dari Jabatan Kerja Raya tiba dilokasi kejadian untuk mencari jawapan.  


DR Asbi Othman - Jurutera Jabatan Kerja Raya 
Soalan pertama yang terlintas di fikiran saya ialah bagaimana bangunan yang tersergam selama 10 hingga 12 tahun boleh tumbang sekarang. 

Operasi menyelamat berisiko memusnahkan petunjuk penting. DR Asbi perlu bertindak pantas 


DR Asbi Othman - Jurutera Jabatan Kerja Raya 
Kami perlu dapatkan bukti bergambar kerana dalam operasi pencarian dan menyelamat, bila kita cuba alihkan sesuatu dari runtuhan, kita mungkin akan memusnahkan bukti penting. 

DR Asbi membuat penemuan yang mengejutkan. Dia terdengar air mengalir turun dari cerun ke arah lokasi menyelamat itu yang dikhuatiri akan mencetuskan satu lagi tanah runtuh. Dia mengambil langkah segera untuk menghalang aliran itu.  


DR Asbi Othman - Jurutera Jabatan Kerja Raya 
Kami mesti lakukan semua kerja awam yang diperlukan untuk memastikan keselamatan pada masa itu ke atas pencarian dan penyelamatan untuk mengelakkan keruntuhan selanjutnya.di cerun belakang bangunan itu.  

Selepas tengah malam, permulaan hari kedua operasi menyelamat itu, penyelamat menerima berita yang menghampakan. Shizue Nakajima yang berjaya diselamatkan sehari sebelum itu telah meninggal dunia di hospital akibat cedera parah. Berita itu amat pahit. 

Banyak barang peribadi dikeluarkan dari runtuhan Blok 1, kenangan perit dari kediaman yang musnah. Dipercayai 36 orang terperangkap dibawah runtuhan itu. Tetapi masih tiada kepastian tentang jumlah ini. 

Pada hari kedua dan ketiga, pasukan penyelamat antarabangsa menyahut seruan bantuan Malaysia. 


Soh Chai Hock - Timbalan Pengarah Pasukan Bomba Malaysia 
Kami tiada pengalaman dalam bencana sebesar ini.  

Pakar pakar datang dari Singapura, Perancis dan Jepun. Pasukan yang amat berpengalaman ini membawa peralatan mencari dan menyelamat berteknologi tinggi. 

Pasukan itu menumpukan kepada tangga bahagian perkhidmatan yang menghubungkan dua menara dalam Blok 1 di mana penghuni cuba melarikan diri 
  

Mike Rickard - Penduduk Blok 2 
Penghuni mungkin lari apabila bangunan itu mula bergegar dan jalan mereka melarikan diri ialah tangga itu. Mereka tentu berada di kawasan tangga.  

Penyelamat akan masuk ke kawasan tangga dari arah yang bertentangan. Pasukan penyelamat antarabangsa itu menggunakan kamera mencari sambungan mata manusia untuk melihat ke dalam ruangan struktur yang runtuh itu. Pasukan Perancis pula menggunakan anjing pengesan yang mampu mengesan kehadiran manusia. Diharapkan strategi baru ini akan mempercepatkan penyelamatan mangsa.  


Soh Chai Hock - Timbalan Pengarah Pasukan Bomba Malaysia 
Masa sentiasa menjadi faktor yang semua penyelamat mesti pertimbangkan. Kita msti mengejarnya. 


Mike Rickard - Penduduk Blok 2 
Kami tahu manusia hanya boleh hidup sekian lama. Penyahhidratan adalah perkara yang paling ditakuti dalam masa yang kritikal.  

Sedang penyelamat menggandakan usaha, kebimbangan dua lagi blok itu akan tumbang kian memuncak. Jurutera memasang peralatan untuk memeriksa sebarang tanda pergerakan. Pada hari ketiga, penggera berbunyi dari Blok 2 dan menyebabkan semua berlari mencari perlindungan.  

Lelaki tidak diketahui 
Ia sedang tumbang!!! 


Soh Chai Hock - Timbalan Pengarah Pasukan Bomba Malaysia 
Bayangkan semua penyelamat mesti melarikan diri keluar dari runtuhan itu.  

Blok 2 tetap berdiri tegak dan Soh Chai Hock bersemuka dengan orang yang membunyikan penggera itu.  


Soh Chai Hock - Timbalan Pengarah Pasukan Bolba Malaysia 
Kenapa awak bunyikan penggera? Lelaki itu menuding ke bangunan itu, sebenarnya awan yang sedang bergerak dan dia sangkakan bangunan itu akan runtuh. Mungkin dia mengalami ilusi optik atau tekanan. Saya segara tenangkan orang sekeliling dan memberitahu lelaki tadi bahawa dia tidak boleh mengambil tindakan begitu. 

Di lokasi penyelamat, kerja disambung semula. Pasukan Perancis menggunakan peranti mendengar sensitif untuk mencari bunyi di dalam menara itu.  


Mike Rickard - Penduduk Blok 2 
Kami cuba mendengar pola bunyi dari dalam bangunan. Mereka melakukan dengan cara mengetuk ngetuk dari atas dan mencari jika ada ketuk balas dari dalam bangunan.  

Pada malam hari ketiga, 7.30, tiba tiba timbul keadaan yang mengujakan. Anggota pasukan Perancis terdengar pola ketukan jawapan. 


Soh Chai Hock - Timbalan Pengarah Pasukan Bomba Malaysia 
Seluruh operasi berhenti untuk memeberi masa mereka mendengarnya dengan lebih teliti. 

Bunyi ketukan itu perlahan dan tersekat sekat tetapi Mike Rickard tidak meragui apa yang didengarnya. 


Mike Rickard - Penduduk Blok 2 
Ada jawapan yang jelas dan saya mendengarnya. Jawapan itu berulang ulang kali. Saya boleh dengar ada orang di kawasan itu. Ini membuat bulu tengkut saya meremang.  

Bunyi itu merangsang penyelamat dan memberi harapan kepada saudara mara yang menunggu.  


Nissa Bano - Adik kepada Anna Bano 
Mereka dengar ketukan. Saya percaya bahawa berkemungkinan ada orang mengetuk untuk bertindak balas kepada apa yang mereka buat di atas. Ia memberi harapan kepada saya. 

Kini seluruh Malaysia berdoa agar penyelamat menemui seorang lagi mangsa Highland Towers. 

Lima hari selepas bencana runtuhan Highland Towers Blok 1, operasi menyelamat masih diteruskan siang dan malam. Setaka ini, 3 mangsa yang berada di dalam semasa runtuhan menara itu djumpai masih hidup. Seorang daripadanya Shizue Nakajima, meninggal dunia akibat kecederaannya di Hospital.  

Kini Pasukan penyelamat Perancis telah mengesan bunyi ketukan dari dalam bangunan itu dan menggunakan ketukan itu selama lebih sehari untuk mencari satu atau lebih mangsa yang terselamat. Penyelamat tahu bunyi yang lemah itu adalah peluang terakhir untuk menemui mangsa yang masih hidup.  


Mike Rickard - Penduduk Blok 2 
Kami hanya boleh mengatakan bunyi itu datang dari dalam struktur tersebut. Dari arah mana dan sejauh mana ke dalam, kami tidak dapt agak kerana bunyi ketukan pada konkrit agak ganjil.  


Soh Chai Hock - Timbalan Pengarah Pasukan Bomba Malaysia 
Kami tidak akan mudah mengalah, kami akan teruskan, walaupun kami hanya dapat selamatkan 1 sahaja nyawa lagi, ia berbaloi dengan usaha kami di sana. Itu adalah kesimpulan yang saya beritahu pada orang orang kami.  

Selama dua hari, penyelamat mendengar ketukan yang semakin sayup itu, cuba untuk mengesan arah bunyi tersebut. Namun, pada permulaan hari ketujuh, ada kesunyian yang memilukan. Ketukan itu terhenti dan tidak lagi kedengaran. Kebisuan itu menamatkan harapan. 


Sasha Bashir - Penduduk Blok 1 
Harapan adalah perkara terakhir yang hilang tetapi amat memilukan apabila kita menghadapinya. 


Mike Rickard - Penduduk Blok 2 
Harapan saya terkubur pada hari ketujuh 

Apabila ketukan terakhir itu terhenti, runtuhan blok 1 Highland Towers bukan lagi merupakan sebuah perangkap tetapi menjadi sebuah makam. Usaha menyelemat diberhentikan dengan berat hati dan pencarian mayat dimulakan. 


Mike Rickard - Penduduk Blok 2 
Satu satunya cara yang kami tahu untuk mengeluarkan mayat dengan lebih cepat ialah dengan bantuan jentera berat. 

Apabila jentera mula memecahkan runtuhan itu, saudara mara yang sedang menunggu mulai sedar dan menerima kenyataan bahawa tiada lagi mangsa yang hidup. Ia merupakan impak yang sangat memilukan. 


DR Lain Gray - Penduduk Blok 3 
Jentera berat datang untuk mengangkutnya. Emosi pada kaum keluarga amat memeritkan. 


Mike Rickard - Penduduk Blok 2 
Kami tidak boleh dan tidak akan meninggalkan mayat tanpa ditemui  

Dalam fasa terakhir operasi ini, pasukan pencari percaya mungkin ada lebih 50 mangsa di dalam runtuhan Highland Towers. Bau yang busuk mula menguasai tapak itu dan tidak lain lagi, bau kematian. 


DR Lain Gray - Penduduk Blok 3 
Kita tahu bau itu, kematian melanda. Kaum keluarga mula bertanya, adakah itu anak aku? Ibu aku? Bapa aku? 

Nissa Bano bersedia menerima hakikatnya. Kakak, anak saudara dan abang iparnya berada dalam blok 1. 


Nissa Bano - Adik Anna Bano 
Kami menunggu dan berharap mayatnya dikeluarkan untuk dikebumikan dengan sempurna untuk mereka bertiga. Sehingga ke tahap itu, kami mula menerima kenyataan bahawa mereka bertiga mungkin tidak bernyawa lagi.  


Mike Rickard - Penduduk Blok 2 
Kami mulakan pada asas bangunan itu yang kami panggil aras satu sebab ia menghala ke sana. Kami mencari tingkat demi tingkat, memecah dan mengeluarkan. Ia tidak memakan banyak masa sebelum kami menemui mayat pertama.di tingkat bawah.  

Matahari baru sahaja terbenam pada hari kelapan.  


Mike Rickard - Penduduk Blok 2 
Sebaik sahaja kami jumpa sesuatu yang kami kenal pasti sebagai mayat, kami berhenti dan gunakan semula perkakas tangan untuk runtuhan sekeliling mayat supaya ada ruang untuk membawa mayat tersebut keluar dalam keadaan sebaik mungkin.  


DR. Ridzwan Bakar - Adik kepada Rosina Bakar 
Saya masih ingat melihat mayat mayat dikeluarkan oleh para penyelamat dan keadaannya reput. Saya masih ingat melihat mayat wanita memeluk Quran, Saya masih ingat melihat seorang wanita memeluk seorang kanak kanak dengan kedua belah tangannya.  


DR Lain Gray - Penduduk Blok 3 
Perkara biasa untuk cuba melindungi orang yang disayangi. 

Mayat kakak kepada DR Ridzwan, Rosina dan suaminya Carlos ditemui pada hari berikutnya.  


DR Ridzwan Bakar - Adik kepada Rosina Bakar 
Mereka menemuinya di tangga antara tingkat dua dan tiga bersama sambil berpelukan. 

Semua mayat dibawa ke rumah mayat Kuala Lumpur. Pada akhir operasi mencari, pasukan penyelamat menemui 47 mayat penghuni Highland Towers, menjadikan jumlah kematian 48 orang termasuk Shizue Nakajima, warga negara Jepun yang meninggal di hospital tempuh hari. Jumlah ini berubah ubah dalam 12 hari penyelamatan itu. Tapi 48 orang disahkan sebagai jumlah rasmi mangsa. Keluarga yang mengalami kehilangan mengejut dan menyedihkan kini menghadapi satu lagi tugas yang memilukan.  


DR Ridzwan Bakar - Adik kepada Rosina Bakar 
Saya pergi sendiri untuk mengenalpasti mayat kerana saya mahu keluarga yang lain untuk mengingati Rosie dan Carlos yang seperti dulu kala. 

Setiap individu mesti dikenalpasti, direkodkan dan sudah semestinya ditangisi. Setiap petunjuk pada identiti mereka amat penting. Cincin perkhawinan, kad pengenalan, rekod pergigian. 


Nissa Bano - Adik kepada Anna Bano 
Kami kenal pasti Anna melalui barang kemas dan pakaianya. Robin lelaki yang luar biasa kerana dia sangat tinggi dan dia sahaja lelaki tinggi yang dijumpai. 

Kemudian, pengebumianya.  


Soh Chai Hock - Timbalan Pengarah Pasukan Bomba Malaysia 
Memang sukar pada ibu bapanya terutama dalam tradisi orang Asia. Anak ynag mengebumikan ibu bapa. Bukan ibu bapa yang mengebumikan anaknya.  


Annette Bashir - Penduduk Blok 1 
Minggu yang menyedihkan dan memilukan. Satu satunya cara kita boleh bersabar ialah dengan adanya keluarga dan rakan disamping kita. Saya rasa itu minggu paling buruk dalam sejarah hidup saya.  


Sasha Bashir - Penduduk Blok 1 
Saya menghadiri upacara pengebumian demi upacara pengebumian. Sepanjang munggu itu. Seorang daripadanya ialah guru balet pertama saya dan saya masih ingat perasaan amat sedih semasa upacara pengebumiannya sebab saya nampak anak anaknya, saya tidak langsung bercakapa dengan mereka kerana saya tidak tahu apa yang patut saya cakap. Bila kehilangan ahli keluarga, tiada kata kata kita yang dapat melegakan mereka. 

Nissa Bano kehilangan tiga ahli keluarganya, Anna, Robin, dan Adam. 


Sasha Bashir - Penduduk Blok 1 
Saya berharap tiada orang lain yang mengalami  apa yang saya dan keluarga serta jiran jiran saya rasa pada hari tersebut. 


DR Lain Gray - Penduduk Blok 3 
Banyak lagi yang perlu dilakukan. Banyak yang perlu dipelajari agar tiada lagi Highlands Tower kedua. 


Nissa Bano - Adik kepada Anna Bano 
Saya merindui kakak saya, satu satunya kakak yang saya ada dan kami ada bayi dan bayi kami yang beza dua bulan. 

Pada mereka yang terselamat, tiada apa yang dapat menggantikan kehilangan merka di hari itu - Sabtu 11 Disember 1993. 












Kronologi dan peristiwa
  • 11 Disember 1993: Pangsapuri Blok A Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang runtuh pada 1.35 petang. Dr Hui Chan Peng, yang tinggal selama 14 tahun di tingkat empat Blok A kondominium 12 tingkat itu menyatakan dia kembali dari kerja pada jam 1.30 petang, lima minit sebelum tragedi itu berlaku. Dia yang sedang berbual dengan Puan Abraham, terdengar bunyi gegaran dan tiba-tiba batu besar bergolek ke arahnya. Surirumah Leela George (39) menyatakan dia mendengar bunyi kuat seperti `dentuman logam' jam 1.30 tengah hari dari arah belakang blok A.
124 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan kira-kira 30 anggota tentera dan jurutera dari Kem Batu Cantonment dan Kem Wardieburn membantu mencari . Ratusan anggota polis, bomba dan pasukan penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) , sukarelawan PBSMM datang lebih awal.
Pasukan penyelamat ternampak sebatang kayu terjuih keluar dan begoyang. Pembantu rumah seorang penghuni kondominium di Tingkat 7, Umi Rashidah Khoruman, 22, dan anaknya, Nur Hamidah Najib, 18 bulan diselamatkan.
Nakajima Shizue, 50wanita rakyat Jepun turut diselamatkan daripada runtuhan itu tetapi meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 12 tengah malam. Dr Shahrum Abdul Wahid dari HKL menyatakan Nakajima mengalami pendarahan dalam yang teruk.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad , Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ramai menteri kabinet datang menjenguk.
  • 12 Disember: Penghuni Blok B dan C Highland Tower di Taman Hillview, Hulu Klang diarah mengosongkan rumah mereka kerana tidak selamat. Pasukan mencari dan menyelamat dari Britain dan Amerika Syarikat tiba untuk membantu. Helikopter Nuri dan Alouette milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat tinjauan udara.
  • 13 Disember: Sekumpulan anggota penyelamat Perancis bersama dua anjing pengesan turut menyertai operasi.Mereka menggunakan teknologi pengesan degup jantung dan menebuk lubang 4.5 meter dalam. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan khusus untuk menangani semua masalah berhubung tragedi Pangsapuri Highland Towers.
  • 15 Disember: Pasukan penyelamat menjumpai enam mayat termasuk dua yang hancur menjadi cebisan daging dan tengkorak dalam runtuhan itu. Antara yang dijumpai lengan kanan yang mempunyai gelang, satu tengkorak dan cebisan daging serta serpihan tulang. Empat mayat reput itu dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan. Pasukan penyelamat memutuskan untuk menggunakan mesin pemecah konkrit dan keluli serta jentolak untuk mengangkut runtuhan konkrit bagi membuka laluan .
  • 16 Disember: Umi Rashidah dan Nur Hamidah dibenarkan keluar daripada HKL.
  • 17 Disember: Jawatankuasa Khas Kabinet bersetuju dengan cadangan penyelamat supaya operasi menyelamat mangsa hidup dihentikan.
  • 18 Disember: Pasukan penyelamat menemui enam lagi mayat termasuk mayat seorang kanak-kanak.
  • 19 Disember: Pasukan penyelamat menemui tiga mayat iaitu satu mayat wanita reput terbenam kira-kira lapan meter di tempat letak kereta jam 7 malam. Mayat kedua, juga wanita ditemui jam 8.30 malam berdekatan mayat pertama manakala mayat ketiga dipercayai lelaki jam 10.15 malam.
  • 20 Disember: Setakat ini, 25 mayat termasuk seorang yang memeluk al-Quran ditemui di tingkat 12. Turut ditemui mayat seorang wanita yang memakai sari dan sedang memeluk seorang kanak-kanak dipercayai anaknya.
  • 21 Disember: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dan polis mengesahkan 48 mayat ditemui daripada runtuhan pangsapuri Highland Towers. Daripada jumlah itu, 37 mayat ditemui sempurna, sembilan bahagian badan dan 10 cebisan anggota iaitu tangan, kaki, kepala serta paha. J
  • 22 Disember: Operasi mencari dan menyelamat dihentikan.





 SUMBER dari
WIKIPEDIA ORGANIZATION
YOUTUBE - DISCOVERY CHANNEL






1 comment:

  1. Tuan
    Bagaimana dengan nasib mereka yang tidak boleh menduduki 2block rumah yg lain tu?

    Adakah mereka dpt pampasan dri insurance

    ReplyDelete