Sunday 2 September 2012

Panas dalam

Sudah berbulan laman ini tidak dikemaskini. Aku sendiri hampir lupa kata laluan untk mengakses ke dalam akaun aku sendiri. Kesibukan dan ketandusan idea untuk menulis? Mungkin alasan. Lebih sesuai dikatakan aku ni malas. MALAS? Kenapa tiba tiba hari ni datang semangat pulak untuk menconteng dalam alam maya ini?

Sebentar tadi, tiba tiba datang satu perasaan yang saya rasakan aneh ketika saya bermain dengan anak buah saya yang baru sahaja berumur 9 bulan. Terdetik dihati saya bagaimanakah keadaannya jika saya menjadi ayah kepada seorang bayi? Aku sendiri sedar yang aku merupakan seorang panas baran. Mudah naik marah. Apakah aku boleh menjadi ayah atau suami yang baik? Setiap kali ada silap sedikit dari kawan kawan, aku rasa seperti mahu tengking, marah, maki dan sebagainya. Bagaimanakah pula sikap aku pada bakal anak bini aku? Tidak dapat aku bayangkan. Adakah sikap aku ini merupakan petanda permulaan pada penderaan keluarga kelak? Aku sendiri tidak dapat menjangkau ke masa hadapan.

Mudah mudahan saya dapat melatih diri saya dari mengawal perasaan marah sesungguhnya marah tidak dapat menyelesaikan masalah yang timbul.