Thursday 29 March 2012

Suara dan Hati

Raja dan pengikutnya tiba di tepi sebuah sungai dan terserempak dengan sepasang kekasih yang sedang bertengkat. Suara mereka masing masing meninggi. Raja yang kehairanan bertanya kepada si bijak pandai. "Kenapa mereka harus meninggikan suara sedangkan berdekat dekat antara satu sama lain". Maka jawab si bijak pandai, "merek sedang bertengkar dan suara siapa yang paling kuat akan menang dalam pertengkaran itu". Raja masih tidak berpuasa hati dan bertanyakan perkara sama pada si bijak pandai yang lain. Maka jawab seorang, "mereka dekat antara satu sama lain namun hati mereka semakin jauh, oleh itu mereka harus tinggikan suara supaya hati mereka dapat dengar antara satu sama lain dan jika hati mereka dekat semula, suara akan direndahkan sehingga berbisik. Jika hati mereka bersatu, tiada lagi suara yang akan kedengaran (hati ke hati)".

Tuesday 20 March 2012

Perkenalan itu (2)

Setahun berlalu dengan begitu pamtas. Haris dan Jah tidak lagi bertemu mahupun berhubung selepas perkenalan mereka di kawasan perkhemahan tempoh hari. Haris meneruskan pembelajaran di tinkatan 6. Begitu juga Iz. Mereka belajar di sekolah yang sama. Iz berada do tongkatan 6 atas dan haris pula berada di tingkatan 6 bawah. Selain dari menjadi seorang pelajar tingkatan 6, Haris juga membuat kerja sampingan mengikut minatnya. Haris sangat berminat pada barangan berteknologi lebih- lebih lagi telefon bimbit. Kebetulan Haris sempat berkenalan dengan seorang tauke menjual telefon bimbit ketika haris bekerja di restoran sebagai pelayan tetamu sambil menunggu keputusan SPM. Ramai kenalan yang tahu bahawa Haris ada kerja sambilan dan ada juga yang tidak melepaskan peluang membuat tempahan telefon bimbit dari Haris. Tidak kurang juga IZ. Hujung tahin 2007, Iz dan beberapa rakan rakan sekelas membuat tempahan telefon bimbit dari haris dan masing masing gembira mendapat telefon baru mereka. Iz juga menjual telefon terpakainya kepada Haris. Haris tidak merancang untuk menjual semula telefon IZ kerana mahu menyimpannya untuk kegunaan masa hadapan. Bermulalah cuti panjang untuk setiap pelajar sekolah. Begitu juga Haris. Suatu hari ketika Haris bosan, teringat dia pada telefon Iz. Ingin dilihat apa isi yang ada didalamnya. Dari galeri gambar, lagu lagu simpanan, peti simpanan mesej hingga ke buku telefon. semuanya digeledah. "Ah, bosanlah mamat ni, tak ada apa apa yang menarik pun", rungut Haris di dalam hati. Ketika Haris baru saja mahu mematikan telefon bimbit itu, dia ternampak nama "MUJAKO" dalam buku simpanan telefon itu. "Eh, ini Jah yang berkhemah bersama kita ke dulu", duga Haris. Haris masih ingat itulah panggilan mesra Iz pada Jah ketika pertemuan mereka setahun yang lalu.