Sunday 7 July 2013

Puteri Resort Air Keroh Melaka

Puteri Resort Air Keroh Melaka. Mungkin ramai yang tahu tentang kewujudan hotel bertaraf 3 bintang ini di Melaka. Sedikit info ringkas dari saya.
   Hotel ini sering dijadikan tempat penginapan pada semua pendididk tidak kira tahap dan pangkat, dari guru pelatih ke guru besar atau segala jenis guru yang berkhidmat dibawah bumbung Jabatan Pendidikkan Malasysia untuk mengadakan kursus, taklimat, kuliah, perjumpaan, dan sebagainya. Selain itu, semestinya ia menjadi tempat tumpuan bagi pelancong tidak kira dalam atau luar negara. Mungkin kerana harganya berpatutan dan bertaraf tiga bintang menbolehkan ramai yang mampu dan selesa tapi adakah perkhidmatan yang diberikan benar benar bertaraf 3 bintang?
   Baru baru ini seorang kenalan saya juga merupakan seorang warga pendidik telah berpeluang menetap di hotel tersebut selama 4 hari 3 malam dan beliau memberitahu saya, "aku ada peluang lagi, aku tak nak tinggal hotel ini lagi". Apa yang menyebabkan beliau berkata sedemikian? Ada 2 sebab utama beliau berkata sedemikian;
   Perkhidmatan yang sangat tidak memuaskan. TV bilik rosak, lantai bilik air yang berkarat, siling bilik air yang bocor dan ada kesan air menitis dari semasa ke semasa, cadar, selimut dan sarung bantal yang kekuningan dan berbau hapak, makanan buffet yang tidak cukup untuk menampubg junlah pelanggan yang menginap, pelayan hotel yang tidak mesra dan bermasam muka sentiasa. Bukankah senyum itu sedekah? Tapi itu bukan sebab utama yang membuat beliau berkata demikian. Ada sesuatu yang meremangkan bulu roma mereka yang menetap disana.
   Hari pertama tiba disana, 4 sekawan mendapat bilik 355 dan 356. 2 bilik yang dibahagikan dengan sebuah pintu ditengahnya. Masuk sahaja bilik tersebut, mereka cukup tergamam dengan saiz bilik tersebut. Bilik yang dilengkapi dengan bilik air, sebuah almari, sebuah meja dan TV yang terletak diatasnya dan juga sebuah katil bersaiz KING. Keluasan bilik itu mampu memuatkan 3 katil lagi yang bersaiz KING. Pintu bilik dibuka dan mereka menapakkan kaki ke dalam. Langkah pertama meremangkan bulu roma. Sekian bilik begitu dingin seolah olah sudah 1 hari 1 malam penyaman udara dihidupkan. Mereka memberi salam walaupun tiada sesiapa didalam bilik. Dalam hati mengharapkan tiada gangguan sepanjang 3 hari di bilik tersebut dan ada diantara mereka yang terkumat kamit meminta kebenaran pada sesiapa sahaja ynag menghuni bilik tersebut supaya mereka dibenarkan menumpang selama 3 malam. Apabila mereka meletakkan bagasi, mereka berasa lebih lega, tiada lagi angin dingin yang datang entah dari mana. Mereka mengambil giliran untuk mandi dan setiap mereka yang menggunakan bilik air tersebut akan cuba untuk mandi secepat yang boleh. Mereka dapat merasakan seolah olah ada mata yang merenung tatkala air membasahi setiap inci tubuh mereka.
Namun, mereka yang mengejar masa tidak ambil peduli kerana kebanyakan masa mereka tidak akan berada di dalam bilik. TV yang tidak berfungsi juga tidak dihiraukan. Semuanya berjalan lancar hingga malam terakhir mereka disana. Mereka pulang ke bilik penginapan pada 11 malam. Apabila mereka masuk, mereka seolah olah dapat melihat ada bayangan putih yang sedang bergerak di dalam TV yang tidak dapat dihidupkan. Apabila mendekati, tiada apa yang dapat dilihat. Oleh kerana terlalu penat dengan aktiviti harian, masing masing tidak ambil peduli. Mereka bergilir gilir membersihkan diri dan bersiap untuk tidur. Apabila selimut telah menyelubungi diri, salah seorang dari mereka terlihat ada satu bayang berupa bentuk manusia duduk kemas di kerusi betul betul bersebelahan dengan katil tempat mereka tidur. Seorang lagi dapat merasakan ada sesuatu yang sedang membuai tilam mereka. Tilam itu seolah olah beralun ombak naik turun dari kaki ke kepala. Apa lagi yang mampu mereka lakukan selain menyelubungi seluruh badan ke kepala dengan selimut yang mereka ada. Segala doa atau ayat yang terlintas dibaca dengan tunggang langgang. Salah seorang dari mereke yang bukan beragama islam mengatakan bahawa dia mempunyai tali perlindungan yang terikat di pergelangan tangan namun tali tersebut putus dengan tiba tiba tanpa punca. Sekian lama dalam ketakutan, mereka terdengar bunyi loceng pintu ditekan beberapa kali. Tiada seorang pun yang beranu keluar dari selimut yang menyelubungi mereka. Salah seorang yang telah lama nyenyak dalam buaian mimpi bangun tanpa menyedari yang lain dalam ketakutan. Dia segera membuka pintu dan mendapati tiada orang diluar bilik hotel mereka. Tanpa rasa ragu ragu, dia menutup pintu semula dan melihat jam yang tersarung dipergelangan tangan. Jam tepat menunjukkan pukul 6 pagi. Dia segara bersiap untuk membersihkan diiri. Dia mencapai pakaian dan tuala dan segera ke bilik air. Ketika kusyuk bercermin, dia terlihat seolah olah ada bayangan berada dibelakang melalui cermin. Dia segera menoleh dan tiada siapa dibelakang. Dia ketakutan dan segera mendapatkan kawan yang lain. Mereka segara bersiap dan memandangkan ini adalah hari terakhir disana, mereka tidak mengambil sebarang tindakan. Sebaik bersiap mereka pun segera meninggalkan bilik.
   Ini merupakan pengalaman mereka sendiri di hotel tersebut. Sekembalinya mereka ke kampung halaman, mereka menceritakan setiap detik yang meremangkan bulu roma mereka. Saya sendiri cuba mencari serba sedikit maklumat melalui Google berkaitan Puteri Resort Air Keroh nie. Namun tidak banyak maklumat yang saya dapat. Memang ada seorang dua yang mengatakan bahawa hotel ini berhantu atau berpuaka namun tiada cerita terperinci yang dapat saya cari. Ada juga yang mengatakan hotel ini telah diubahsuai dan dinaik tarafkan. Entahlah.....