Saturday 19 October 2013

Cerita seorang doktor

Ajal maut di tangan tuhan? ya, benar, semua manusia di muka bumi ini tahu dan tiada yang berani menyangkal kenyataan ini kerana tiada manusia setakat ini yang mampu mengelakkan diri dari MATI. Tidak kira dari segi saintifik mahupun segi spiritual, tiada yang mampu menjumpai jalan keluar dari kematian. Pelbagai jenis penyembahan atau upacara spiritual diseluruh dunia dijalankan untuk mamastikan diri mereka panjang umur. Pelbagai jenis ubat ubatan dan peralatan teknologi dicipta oleh ahli sains bagi mengembangkan dunia perubatan atau meningkatkan prestasi kedoktoran namun, MATI itu juga adalah pasti. Jika MATI itu adalah pasti, kenapa perlu wujudnya doktor? Kenapa perlu wujudnya hospital, ubat ubatan, jururawat, dan sebagainya?
     "Hadirnya seorang doktor pakar disisi pesakit yang sedang tenat akan dapat memberi ketenangan kepada pesakit tersebut dan selain itu juga, doktor juga merupakan harapan kepada pesakit". Seorang doktor yang berdedikasi tidak akan melihat pada kematian di esok hari. selagi pesakit itu masih bernafas, doktor akan melakukan yang terbaik, berhempas pulas menentang malaikat maut, menggunakan semua kepakaran yang ada, memanfaatkan semua peralatan dan perubatan yang direka cipta oleh ahli sains supaya dapat memberikan satu lagi peluang hidup untuk mereka yang belum 
melangsaikan segala urusan di bumi ini. "Kami tidak ada sebarang niat untuk menentang takdir apatah lagi mahu membuktikan bahawa kami lebih berkuasa, tapi ini adalah tugasan kami bagi memastikan semua pesakit mendapat rawatan yang sewajarnya". 
     Mereka sering menggatakan bahawa doktor merupakan satu pekerjaan yang paling banyak melihat kematian, dan ini menyebabkan mereka lali. Lali tidak bermakna tidak mempunyai perasaan. Setiap pesakit yang gagal diselamatkan oleh seorang doktor akan membawa kekecewaan yang lahir jauh dari lubuk hati seorang doktor. Namun mereka harus meneruskan tugas mereka. Setiap kematian dibawah penyeliaan mereka akan membangkitkan lagi kesedaran dan semangat untuk mereka melakukan yang lebih baik pada pesakit yang lain.

No comments:

Post a Comment