Thursday 28 March 2013

Sayang awak ketat ketat @@

Hmm, tengok tajuknya sahaja, mesti ada yang berminat nak komen. Hari ini aku terbaca artikel berkenaan bercinta dengan sahabat karib. Haaaaa, ada sesiapa yang ada pengalaman sedemikian? Bermula dengan perkenalan, menjadi kawan biasa, berkongsi minat yang sama, bercerita susah senang masing2, menjadi sahabat karib dan akhirnya menjadi pasangan kekasih... Fuyooo. Macam drama pun ada. Kronologi yang teratur. Sedap mata kita membace atau mendengar cerita sebeginan tapi adakah yang memikulnya terasa senang? Apakah impaknya? Lebih pada positif atau negatif?

Positif
- Sudah kenal akan pasangan, (lebih mudah terima baik buruk masing2).
- Kurang pertengkaran (dah lama pun kenal, tau la nak jaga hati masing2, akan cuba elakkan perkara yang pasangan tidak suka).
- jika sudah berkenalan sejak kecil, lagi senang. Mak ayah masing2 pun sudah kenal. Keluarga mesti bagi lampu hijau. 

Apa lagi ek ..... Aku pun tak ada idea. Kita cerita yang negatif pulak..

Negatif
- susah nak adaptasi panggilan (biasa panggil aku engkau, sekarang nak panggil abang sayang. Kalau tersasul, agaknya ada yang terasa hati tak)?
- susah nak bezakan kawan atau kekasih. (Kalau ada yang sensitif, mesti akan pertikaikan bahawa layanan pasangan sama sahaja semasa kawan dahulu dan berkasih sekarang).
- Jika ada persengketaan atau salah faham, besar kemungkinan akan berpisah (Tak kisahlah kalau tak jadi kekasih tapi kemungkinan besar jadi musuh).

Haih, 3 positif, 3 negatif.. Cukup la tu.. Nanti tercakap banyak, orang yang tengah pasang niat nak ajak sahabat berpasangan tu terbantut pulak.. Buruk baik tengok pada cara masing2 mengemudikan bahtera masing2.. Apa sahaja yang tertulis di atas hanyalah pandangan aku tersendiri..

Pandai pandailah kamu semua nak menilai. Sama ada nak jadikan ikhtibar atau nak jadikan pekasam, kamulah yang buat kesimpulan @@

Sunday 17 March 2013

Elisa Lam



Lama sudah aku meninggalkan laman blog ini.. Tiba tiba terasa ingin menulis. Apa pula yang saya nak mengarut dalam blog hari ni. Tak kisahlah, bukan nak menulis untuk dapat markah tinggi. Sekadar nak berkongsi.

Hari ini aku teringat akan alkisah "Elisa Lam". Ada sesiapa yang tahu tentang dia? Seorang gadis Kanada yang bercuti di Cecil Hotel Los Angelas pada awal Januari dilapaorkan hilang dan ditemui mati dalam salah sebuah tanki air di bumbung hotel 2 minggu kemudian.

Pelbagai andaian dari pelbagai pihak diseluruh pelosok dunia gempar dengan penemuan ini dan telah menjadi bahan bualan dari segala sudut dunia. Pelbagai andaian telah dibuat namun tiada sebarang konklusi atau penyeselesaian pada misteri ini.

Elisa Lam ditemui oleh salah seorang pekerja hotel tersebut ketika menyemak tanki air setelah mendapat aduan dari beberapa pelanggan tentang tekanan air rendah di hotel. 

Apa yang menjadi misteri adalah :

- sebuah video telah dipaparkan oleh pihak polis Los Angelas yang diperoleh dari kamera litar tertutup (CCTV) pihak hotel. Elisa Lam kelihatan keluar masuk dalam lif dalam ketakutan dan juga kelihhatan Elisa berinteraksi tanpa kita dapat lihat pihak kedua di luar lif tersebut.

- Elisa Lam ditemui dalam keadaan bogel didalam tanki air setinggi 10 kaki dan pihak bomba perlu memotong sebahagian penutup tanki bagi mengeluarkan mayat. Persoalannya, bagaiman Elisa dimasukkan atau masuk sendiri ke dalam tanki yang setinggi 10 kaki dan lubang yang sempit. Jika Elisa dapat masuk, sudah semestinya terdapat kesan luka atau calar pada badan Elisa namun tiada sebarang kesan luka pada tubuh Elisa.

- Selain itu, pintu masuk keluar ke arah tanki tersebut adalah berkunci dan dilengkapi dengan sistem penggera keselamatan (ALARM). Hanya pekerja hotel berkenaan mempunyai kunci tersebut dan juga kunci pada sistem penggera keselamatan tersebut. Walaupun ada kunci, sistem penggera keselamatan akan berbunyi sebaik sahaja pintu dibuka dan pekerja yang ditugsakan hanya boleh mematikan sistem penggera keselamatan selepas membuka pintu berkunci tersebut. 

Sehingga ke hari ini, tiada sebarang maklumat berkenaan kematian Elisa. Sama ada Elisa Lam dibunuh atau bunuh diri atau ini adalah satu kejadian pranormal? 

Cecil Hotel dibuka pada tahun 1927 dan sehingga kini terdapat (3) kes pembunuhan bersiri dan beberapa kes bunuh diri yang misteri :

- Helen Gurnee dilaporkan jatuh dari tingkat 7 hotel berkenaan pada tahun oktober 1954

- Julian Moore juga dilaporkan jatuh dari tingkat 8 hotel berkenaan pada febuari 1962

- Pauline Otton seorang gadis muda dilaporkan jatuh dari tingkat 9 hotel berkenaan pada oktober 1962 dan lebih mengerikan adalah, Otton dilaporkan jatuh diatas seorang warga emas pejalan kaki dan warga emas tersebut turut mati ditempat kejadian.

- Osgood, seorang telefonis yang telah pencen dibunuh didalam bilik hotel tersebut pada Jun 1964 dan kes pembunuhan tersebut meninggalkan tanda tanya sehingga ke hari ini.

- Ramirez yang menduduki salah sebuah bilik di tingkat 14 hotel berkenaan telah membunuh 14 wanita pada tahun 1985. 

- Pembunuh bersiri Austrian pada tahun 1991 telah membunuh beberapa pelacur dan mengikat semua pelacur itu dengan pakaian dalam (bra / coli) pelacur itu sendiri dan meninggalkan mayat pelacur tersebut dalam keadaan bogel berdekatan dengan hotel berkenaan.

Apakah yang berlaku pada semua si mati dalam hotel yang penuh misteri ini? Apakah ada peristiwa pranormal dalam hotel tersebut atau semua kejadian adalah dibawah perancangan seseorang? Jika benar, pasti akan ada bukti yang ditinggalkan tanpa disedari. Apakah kematian Elisa Lam akan dapat diselesaikan?