Monday 20 February 2012

Perkenalan itu .........

"Dia tak bagi kat jah pun", ngadu Jah pd sepupunya dalam nada berbisik sambil menjeling Haris. Haris yang ditugaskan membahagikan cadar dan selimut hanya tersengih dengan niat ingin mengenakan Jah. Ini ialah malam pertama mereka tiba di kawasan air terjun itu untuk perkhemahan 3 hari 2 malam. Jah yang ketika itu merupakan seorang pelajar tingkatan 4 merasakan Haris seorang lelaki nakal yang sering mengenakan orang lain. Timbul rasa menyamoah dihati Jah pada Haris. Sepanjang percutian itu, mereka tidak banyak berkomunikasi walaupun berselisih muka. Sepanjang perkhemahan itu juga Jah kerap dirapati oleh Iz dan Mir silih berganti. Perkhemahan 3 hari berlalu dengan begitu cepat dan 19 orang remaja kini berada di dalam bas untuk pulang ke rumah masing - masing. Iz mendapat tempat di sebelah Jah. Haris pula duduk agak jauh kedepan terasing dengan 18 kawan yang lain. Haris yang sedang lena tidur itu didatangi Lia dan memanggilnya untuk ke belakang untuk membincangkan sesuatu. Haris bangun dan berjalan terhuyung hayang dalam bas yang sedang memecut laju itu. haris berhenti disebelah Jah sambil berbincangkan sesuatu dengan kawan yang duduk dibelakang Jah. Tiba tiba Jah mengeluarkan air tin Pepsi dari beg tangannya dan dihulurkan tin tersebut kepada Haris. haris menyambutnya dengan penuh tanda tanya. Jah hanye tersenyum dan berkata "minumlah". Haris bertanya di dalam hati, "kenapa pulak tiba tiba bagi aku pepsi nie, kenapa pulak tak bagi kat Iz yang duk kat sebelah, bukan ke dia nie menyampah dengan aku"?

Thursday 16 February 2012

Tuk Tuk Hat Yai

Bandar Hat Yat, merupakan sebuah bandar kecil yg hanya terdiri dari 3 deretan kedai dan setiap deret terdiri dari 1 kilometer (menurut seorang driver teksi dari lapangan terbang antarabangsa Hat Yat). Walaupun tidak sebesar mana, namun setiap jalan atau lorong sangat meriah walaupun tiada sebarang perayaan pada masa tersebut. Tuk Tuk (gambar di atas) merupakan kenderaan paling popular di bandar ini.. Semua pelancong asing akan mencari Tuk Tuk sebagai pengangkutan mereka kerana pemandunya yang mesra dan harga yang berpatutan. Tambahan pula pemandu terdiri daripada orang tempatan dan meraka tahu setiap tempat pelancongan yang ingin dikunjungi. 

Friday 10 February 2012

Tentang Haris dan tentang Haris Khan

Haris, satu nama yang wujud pada tahun suku pertama 2007, bukan bermakna Haris dilahirkan pada masa itu tetapi nama itu diberi oleh seorang gadis kepada empunya nama itu pada hari ini.. Haris Khan pula satu nama yang muncul pada akhir tahun 2008 dan nama itu digunakan semata mata untuk berkenalan dengan seorang gadis.. Siapakah Gadis yang mendirikan nama itu dan siapakah gadis yang ingin dikenali oleh Haris Khan ??