Monday 12 August 2013

Suasana Di Hari Raya

Kebosanan melanda ketika semua orang sedang merayakan Aidilfitri setelah sebulan berpuasa. Raya pertama aku menghabiskan sedikit masa di sebuah pusat membeli belah. Sekadar bersiar siar menghilangkan bosan. Agak terhibur juga diri ini melihat pelbagai gelagat mereka yang turut berada di pusat membeli belah tersebut. Suasana agak tenang tidak seperti selalu yang penuh kesesakan, mungkin kerana ramai yang beraya ke rumah sahabat handai atau pulang ke kampung halaman masing masing. Namun, masih ada keluarga yang keluar ke pusat membeli belah sekadar bersiar siar. Mereka yang memaki baju raya sedondon sungguh mencuit hati kecil ini, menampakkan perpaduan, sehati dan sejiwa dalam keluarga masing masing

Lihatlah betapa semangat raya sekeluarga bertambah pula dengan pakaian sedondon lebih menyerlahkan semangat kekeluargaan.

Lihatlah ibu dan anak yang memakai baju sedondon sedang memilih sesuatu. Ada gelak ketawa dalam perbincangan mereka.

Tidak kurang pula pasangan yang bermadu kasih. Mereka juga memaikai baju raya yang hampir sama warnanya. Tidak diketahui sama ada sepakat atau kebetulan:-)

Haaa, ni yang buat aku teruja ni. Raya pertama, cik adik comel ini masih bekerja, dengan baju raya lagi tu. Masih terngiang di telinga ku apabila pakcik tu bertanya, "adik raya tak cuti ke? Tak balik kampung ke"? Sambil tersenyum lebar, si gadis ini menjawab, "alah uncle, raya 1 bulan, bsok lusa boleh cuti, nanti boleh balik kampung". Sungguh bersemangat beliau melaksanakan tugas