Sunday 7 July 2013

Puteri Resort Air Keroh Melaka

Puteri Resort Air Keroh Melaka. Mungkin ramai yang tahu tentang kewujudan hotel bertaraf 3 bintang ini di Melaka. Sedikit info ringkas dari saya.
   Hotel ini sering dijadikan tempat penginapan pada semua pendididk tidak kira tahap dan pangkat, dari guru pelatih ke guru besar atau segala jenis guru yang berkhidmat dibawah bumbung Jabatan Pendidikkan Malasysia untuk mengadakan kursus, taklimat, kuliah, perjumpaan, dan sebagainya. Selain itu, semestinya ia menjadi tempat tumpuan bagi pelancong tidak kira dalam atau luar negara. Mungkin kerana harganya berpatutan dan bertaraf tiga bintang menbolehkan ramai yang mampu dan selesa tapi adakah perkhidmatan yang diberikan benar benar bertaraf 3 bintang?
   Baru baru ini seorang kenalan saya juga merupakan seorang warga pendidik telah berpeluang menetap di hotel tersebut selama 4 hari 3 malam dan beliau memberitahu saya, "aku ada peluang lagi, aku tak nak tinggal hotel ini lagi". Apa yang menyebabkan beliau berkata sedemikian? Ada 2 sebab utama beliau berkata sedemikian;
   Perkhidmatan yang sangat tidak memuaskan. TV bilik rosak, lantai bilik air yang berkarat, siling bilik air yang bocor dan ada kesan air menitis dari semasa ke semasa, cadar, selimut dan sarung bantal yang kekuningan dan berbau hapak, makanan buffet yang tidak cukup untuk menampubg junlah pelanggan yang menginap, pelayan hotel yang tidak mesra dan bermasam muka sentiasa. Bukankah senyum itu sedekah? Tapi itu bukan sebab utama yang membuat beliau berkata demikian. Ada sesuatu yang meremangkan bulu roma mereka yang menetap disana.
   Hari pertama tiba disana, 4 sekawan mendapat bilik 355 dan 356. 2 bilik yang dibahagikan dengan sebuah pintu ditengahnya. Masuk sahaja bilik tersebut, mereka cukup tergamam dengan saiz bilik tersebut. Bilik yang dilengkapi dengan bilik air, sebuah almari, sebuah meja dan TV yang terletak diatasnya dan juga sebuah katil bersaiz KING. Keluasan bilik itu mampu memuatkan 3 katil lagi yang bersaiz KING. Pintu bilik dibuka dan mereka menapakkan kaki ke dalam. Langkah pertama meremangkan bulu roma. Sekian bilik begitu dingin seolah olah sudah 1 hari 1 malam penyaman udara dihidupkan. Mereka memberi salam walaupun tiada sesiapa didalam bilik. Dalam hati mengharapkan tiada gangguan sepanjang 3 hari di bilik tersebut dan ada diantara mereka yang terkumat kamit meminta kebenaran pada sesiapa sahaja ynag menghuni bilik tersebut supaya mereka dibenarkan menumpang selama 3 malam. Apabila mereka meletakkan bagasi, mereka berasa lebih lega, tiada lagi angin dingin yang datang entah dari mana. Mereka mengambil giliran untuk mandi dan setiap mereka yang menggunakan bilik air tersebut akan cuba untuk mandi secepat yang boleh. Mereka dapat merasakan seolah olah ada mata yang merenung tatkala air membasahi setiap inci tubuh mereka.
Namun, mereka yang mengejar masa tidak ambil peduli kerana kebanyakan masa mereka tidak akan berada di dalam bilik. TV yang tidak berfungsi juga tidak dihiraukan. Semuanya berjalan lancar hingga malam terakhir mereka disana. Mereka pulang ke bilik penginapan pada 11 malam. Apabila mereka masuk, mereka seolah olah dapat melihat ada bayangan putih yang sedang bergerak di dalam TV yang tidak dapat dihidupkan. Apabila mendekati, tiada apa yang dapat dilihat. Oleh kerana terlalu penat dengan aktiviti harian, masing masing tidak ambil peduli. Mereka bergilir gilir membersihkan diri dan bersiap untuk tidur. Apabila selimut telah menyelubungi diri, salah seorang dari mereka terlihat ada satu bayang berupa bentuk manusia duduk kemas di kerusi betul betul bersebelahan dengan katil tempat mereka tidur. Seorang lagi dapat merasakan ada sesuatu yang sedang membuai tilam mereka. Tilam itu seolah olah beralun ombak naik turun dari kaki ke kepala. Apa lagi yang mampu mereka lakukan selain menyelubungi seluruh badan ke kepala dengan selimut yang mereka ada. Segala doa atau ayat yang terlintas dibaca dengan tunggang langgang. Salah seorang dari mereke yang bukan beragama islam mengatakan bahawa dia mempunyai tali perlindungan yang terikat di pergelangan tangan namun tali tersebut putus dengan tiba tiba tanpa punca. Sekian lama dalam ketakutan, mereka terdengar bunyi loceng pintu ditekan beberapa kali. Tiada seorang pun yang beranu keluar dari selimut yang menyelubungi mereka. Salah seorang yang telah lama nyenyak dalam buaian mimpi bangun tanpa menyedari yang lain dalam ketakutan. Dia segera membuka pintu dan mendapati tiada orang diluar bilik hotel mereka. Tanpa rasa ragu ragu, dia menutup pintu semula dan melihat jam yang tersarung dipergelangan tangan. Jam tepat menunjukkan pukul 6 pagi. Dia segara bersiap untuk membersihkan diiri. Dia mencapai pakaian dan tuala dan segera ke bilik air. Ketika kusyuk bercermin, dia terlihat seolah olah ada bayangan berada dibelakang melalui cermin. Dia segera menoleh dan tiada siapa dibelakang. Dia ketakutan dan segera mendapatkan kawan yang lain. Mereka segara bersiap dan memandangkan ini adalah hari terakhir disana, mereka tidak mengambil sebarang tindakan. Sebaik bersiap mereka pun segera meninggalkan bilik.
   Ini merupakan pengalaman mereka sendiri di hotel tersebut. Sekembalinya mereka ke kampung halaman, mereka menceritakan setiap detik yang meremangkan bulu roma mereka. Saya sendiri cuba mencari serba sedikit maklumat melalui Google berkaitan Puteri Resort Air Keroh nie. Namun tidak banyak maklumat yang saya dapat. Memang ada seorang dua yang mengatakan bahawa hotel ini berhantu atau berpuaka namun tiada cerita terperinci yang dapat saya cari. Ada juga yang mengatakan hotel ini telah diubahsuai dan dinaik tarafkan. Entahlah.....

44 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. baru2 nie saya ada tido kat puteri resort nie.. 1malam jer... masa dlm bilik air mcm ada org perhatikan saya... setiap gerak geri saya... tapi saya abaikan... tapi masa time nak tido.. saya mmg X BOLE nak tdo... sbb mcm ada sesuatu di atas dan dinding bilik memerhatikan saya... mmg x bole tdo... lepas tue ada dgr anjing menyalak mcm nampak hantu kat luar tue... makanan mmg sikit jer dan x sedap.. hihi... sunyi jer hotel tue... suram... erm..... x nak tido lagi kat situ... sekian..

    ReplyDelete
  3. Sama...saya duduk bilik 355 .spooky!

    ReplyDelete
  4. saya merupakan pekerja di puteri resort tersebut. memang puteri resort tersebut berhantu. sudah sekian lama tempat itu berpuaka. tetapi kami sebagai staff tidak lah hendak memberi tahu kepada guest2 yang laen kng ada pulak yang x nk tdo situ.hehehklau di ckap mmg x kn hbis tp saya bg tau skit je lh ttg blik2 kt ctu. yg laen2 biar je saya smpan sbagai knangan. hehe. hmm dh dibuka cerita cm nie blik yg kamu cite tu mmg ad. tp keseluruhan tingkat 3 tu mmg berhntu bukan 1 ,2 blik je. kami sbagai pkerje dh x leh wt ape2 dh tawakal je lyn sume tu dh jdi cm lali dgn permainan bnde2 tersebut. tp klau nk pling adventure trun tingkat 1 pgi 1 blik yng x ad tag blik. blik tu 116. blik pling puaka di puteri resort dan blik tersebut tidak dijualkan kepada guest disebabkan selalu sgt bnde tu mengacau.kdag kala sesiapa yg tidur bersebelahan bilik terbabit juga trut dingacau, maklum lh tmpt dye , spe ggu phm2 lh. di sebelah bilik terbabit kami juga trut meletakakn al quran bagi mengelakan kejadian tidak di inggini. klau nk raya lebih lg g lh try trun tingkat 1 tu. hebat gle tgok budak2 kecik berlari2 maen dpn pintu . mmg RARE !!

    ReplyDelete
  5. 3 hari lepas sy menginap di puteri resort tiada gangguan sepanjang sy ddk disana tempat dia pun selesa...alhamdulilah sy x diganggu 😬

    ReplyDelete
  6. Saya pun stay di sana, alhamdulillah tak pulak kena kacau...

    ReplyDelete
  7. Saya 1 family baru balik dari hotel tu pada 20.9.2015. Kami stay 2 malam kat sana. mahal betul dia charge tambah extra bed jumlah RM1,054.00. Tapi sebab dah malas nak cari hotel lain... anak-anak pun dah penat... we all stay je walaupun agak mahal.

    Petang Jumaat tu.. bawak anak-anak turun mandi... takda orang... seram jugak sebab tempat mandi dia luas...tapi lama kelamaan... semakin ramai... so selesalah..

    Memang tidak apa-apa gangguan dan saya pun takda apa-apa perasaan cuma malam pertama tu tak nenyak tidur sebab mungkin beralih tempat...Malam kedua nenyak tidur sebab penat. Bilik kami 303.

    Kebiasaannya saya adalah orang yang selalu ada perasaan seram kalau pergi hotel yang tertentu tapi kali ini langsung takda perasaan tu dan saya pun tak rasa takut.

    Masa anak remaja saya check-in dalam kol 10.00 malam hari Jumaat tu... dia ada sebut seram nya hotel ni mama... daripada jalan masuk tadi dah semacam je... tapi saya menidakkannya dengan mengata kan tadi ramai orang lah... mungkin dia orang semua keluar makan tak balik lagi...

    Pada hari Ahad, selepas breakfast... saya teman anak-anak mandi untuk kali terakhir sebelum balik manakala husband naik dulu nak solat dhuha katanya...

    Tak lama selepas itu saya sakit perut dan bergegas naik ke bilik. Husband saya dengan anak remaja saya ada tapi saya dok tekan bell sorang pun tak buka pintu...ada dalam 10 kali kot saya tekan bell tu... tak lama lepas tu husband saya bukakkan pintu. Dia kata dia kat toilet sakit perut... okay find.

    So.. selepas check out... jalan jalan kat kota Melaka... maklumlah lama tak pergi Melaka and on the way balik baru my husband cerita waktu saya dok ring bell tu.. tak lama lepas tu... pintu bilik tandas tu terbuka sendiri luas (walaupun husband saya dah tutup pintu tandas tu rapat rapat) seolah olah menyuruh husband saya bukakan pintu untuk saya... hehehe... mungkin dia rimas kot bising...hehehe..

    Itulah cerita saya... tapi alhamdulillah bersyukur sangat takda apa apa gangguan terhadap saya dan anak-anak. Husband saya takpa sebab dia berani... kita orang ni penakut sikit....


    ReplyDelete
  8. aku pernah kena tindih masa tido kat situ..2mlm berturut aku kena..taubat aku nk tido situ lg..

    ReplyDelete
  9. Saya duduk hampir 7 hari.. Alhamdulillah x ada apa2 ok ha.

    ReplyDelete
  10. Sy pernah stay sana..mase tu sblom msuk bilik sy ketuk dlu pintu tu..3 kali... bg salam...kmudian sy ckp la.. na tumpang tido.. lepas letak brg2 sy kibas2 katil tu tepuk dan kibas bantal..tepuk smua kerusi dan perabut.. kemudian pergi mandi... lepas mandi sy ambil wuduk.. azan kan 4 penjuru... dlm solat sy baca ayat kursi... lepas tu sy duduk atas katil ..dan baca kan ayat kursi kuat2 7 kali... then tido..so far xde masalah smpai la check out

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya banyak travel...benda tu akan tau sama ada kita kuat atau tidak...sekiranya dalam kita kuat..jarang di ganggu....setakat main acah2 je sebab kita dah lindung diri dgn ayat alquran...if kacau sekalipun kita mampu tepis..sesungguhnya kita lebih mulia dari benda tu....saya dah pernah ade gangguan sejak tingkatan 5 lagi..now umo dah 30 lebih....dah tau cara permainan benda tu...Saya lebih kuat dari mahluk itu..just nak kongsi cerita..tq

      Delete
  11. Saya pon penah check in kt sana pd 2016 slme dua hari..so far ok je..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.....sy bilik 118..baru je balik dati kursus...mmg agak suram tingkat 1 ... tp alhamdulillah..... jaga mulut jaga sikap..... ingat shj..Allah itu ade....sepanjang tempoh 3 ari bekursus....tiada ape2 kejadian alhamdulillah.......

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum..saya 31.march 2107 ni baru nk merasa tido sana..berkursus 3 hari..harap tiada apa apa gangguan

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah..tiada gangguan...baru minggu lepas menginap 1 malam di tingkat 3...biliknye hujung dunia..tp yg paling best...kolam renang kanak2 macam taman tema...saya yg dewasa ni pun teruja main gelongsor air kt situ...syok betul...kwsn mandi yg luas dan x membosankan...😍

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah..tiada gangguan. Saya dan isteri baru mengikuti kursus dari 28-30.7.2017 di sana. Bilik bersih dan tiada bau hapak.

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah...saya baru je otw balik dr menginap di situ tadi...c.in utk 1 mlm...xde gangguan apa²...gangguan dr anak² je...sibuk ajak mandi di mini waterpark....sgt puas hati...indoor & outdoor pground...mini atv...minj waterpark...spool yg besar mcm pdg bola...air pon bersih...bilik sgt selesa...in shaa allah...ade rezeki nak dtg lg

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah semua ok.. maybe dtg lagi ke resort tu dgn family yg lagi ramai...bg saya resort tu ok dan memuaskan

    ReplyDelete
  18. InsyaAllah xde pape. Saya dtg dgn isteri dan anak kecil 2 hari xde pape berlaku. Pasang niat elok2 beri salam masa masuk n baca pape lepas solat ok je.

    ReplyDelete
  19. Wooo baru nak pergi, sekali hangpa semua comment berhantu cancel le, sebab saya bawak anak umur 3 minggu kecil lagi..

    ReplyDelete
  20. BUNYI DUIT SYILING JATUH BERTABURAN DAN SEPERTI TASBIH JATUH..SELAIN PERABOT BERALIH.....:) 229 SATU MALAM,SIANG PUN ADE......TAPI BIARKANLAH..........E2 TEMPAT DIA.

    ReplyDelete
  21. Nama baru hotel ni Amverton Heritage Resort Melaka nampaknya telah dinaik taraf, Alhamdulillah sepanjang 3 hari disini tiada alami sebarang gangguan. Walaupun sunyi di malam hari sebab kami menyiapkan kertas kerja sehingga jam 2:00pagi. Boleh dikatakan semua peserta jabatan menginap di Aras 1. Cuma makanannya kurang dan buffet tiada pilihan.

    ReplyDelete
  22. Kami baru pulang dari amverton. C.in pada 15hb dan pulang 16hb. Kami singgah 4 beranak. Waktu malam nak tidur puteri bongsu x boleh tidur langsung. Dia asyik menangis dan dan setiap kali menangis bukan mcm biasa. Mcm takut akan sesuatu. Lepas jumpa pakar dekat area rumah mmg betul ada yg ikut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak umur berapa tu..sy ade plan nak menginap kt sini ujung thun ni..nak bawak anak 2 thun..mcm seram pulak..

      Delete
  23. Hotel nie nampak baru bagi kami...review nya baik baik belaka sebab tu kami 4 beranak ke sana...di beri tingkat 3 tapi semua berjalan dgn baik...
    bila tidur kami buka lampu toilet jadi namapak terang sikit....2 malam di sana so far tak di ganggu sampai balik....malam kedua kami keluar cari makan pasal nak order pat hotel di cakap ramai orang order nak kena tunggu lama sikit....kami keluar makan di melaka dan balik kul 10 mlm...alhamdulillah takda pulak yg nak ikut balik tapi tempat memang Jin bertendang...pasang niat yg baik Insyaa allah semua akan berjalan dgn baik......kami akan ke situ lagi di lain masa

    ReplyDelete
  24. berkursus baru ni 5 hari kat sini ..bilik 329 tak dak apa yg mencurigakan penah balik pukui 2 pagi xdak apa ,berpuas hati selesa cuma mkanan kat cafe xbnyak pilihan..so far ok la

    ReplyDelete
  25. Bermalam 2hari 1 mlm no bilik 316 amat menyerammmmkan satu bilik 3 org shbt ....setiap jam dijagakan bermula pukul 1 pg.
    Seorg dgr org ketawa di telinga, sorg lagi rambut di lilit di tgn dan bunyi main botol plastik kosong..1 mlm xboleh tidur

    ReplyDelete
  26. Pernah stay in sini.sunyi sgt2 n seram.1st time pergi hotel yg sunyi.bilik plak jauh.sepanjangblorong n laluan nampak bilik kosong tapi diberi bilik belakang.1st n last la kot pergi sini.alhamdulillah xder apa2cuma suasana situ mcm suram n kalau ada anak kecil mcm x sesuai

    ReplyDelete
  27. Alhamdulilah kami baru lagi menginap di Amverton Heritage Resort tue pada 10-12/12/2018 ,tido dua malam disana di bilik ok alhamdulilah tidak ada ganguan,lena tido.

    ReplyDelete
  28. Saya baru check in pada 27/12/2018 bersama family. Alhamdulillah tiada gangguan jin dan syaitan.

    ReplyDelete
  29. Saya baru pergi 14 15 hb july ni.alhamdulilah takde apa2 gnguan..mg masa tu kami dtg hari ahad kereta xbyk sikit je.pkir sb hari sekolah esok. Sofar selesa bilik dia makana kafe cantik.pool cntik tapi xde rezeki sb pool bdk2 tgh baiki. Pool dewasa buka so mndi jla situ. Mmg ada plan nk dtg lgi sb xpuas ank xdpt mndi kt pool knk2 tu.anyway kami enjoy kat situ.maknan n staf semua ok.

    ReplyDelete
  30. Bagi sya semua ok dari segi layanan staf baik2. Services masa breakfst pun ok.menu sedap2.kafe nya cantik mcm npk hotel mewah.sy stay kt bilik 123.insyallah dtg sana niat bebaik.bca bismillah.masa nk tidur buka mp3 ayat ruqiahjt hp.insyallah.

    ReplyDelete
  31. Sya baru ja selesai kursus kat amverton hotel selama 3h2m.. Alhamdulillah semua ok ja.. Suami n ank2 pon ok ja.. Tdo lena.. Mknan pon sedap2.. Layanan dr staff hotel pon ok .. Keadaan bilik kemas, bersih n selesa... Sya stay kat blik 263

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama dgn kami.. So far OK xde mslh. Tgl 3hr.. Staff semua ok layanan

      Delete
  32. Ni hotel bersyaitan nih, syaitan degil degil..

    ReplyDelete
  33. check in 23/8/19 check out 25/8/19.. alhamdulillah, so far sume ok, xder gangguan. cuma bila msuk ofis isnin tu, ada dgr2 org ckp bilik lain ada yg kne kacau.. wallahuaklam...

    ReplyDelete
  34. Sy baru blik dari amverton hotel. Stay 2H1M...bilik 108. Sy lima beranak alhamdulillah semua ok. Pool mmg best...ank2 suka. Makanan tak byk pilihan. Lain2 semua ok.

    ReplyDelete
  35. 3.1.2020 saya stay sini jap room 132, alhamdulillah semua nya ok x de gangguan. Best anak2 pun suka mandi pool kat sini. Puas... Tp tak ingat pulak kakak ipar penah ke sini tahun2 lalu room 322, dengar bunyi kerusi meja seret2, bunyi mengensot & akhir ade org bisik kat telinga dia panggil "mommy" (panggilan anak2 nya). Dia kata taubat x nak pi lagi.. Nasib baik la kita lupa kisah dia dulu2 tu.. Hahhaa...

    ReplyDelete
  36. Saya dah 4 malam kat sini..alhamdhlillah xda pape... Yg penting solat la... Mohon dgn Allah... Moga kita semua dijauhkan dari sebarang ganguan jin @ syaitan... Ok je... Plan nak bawak anak dgn wife lg ke sini... Xserabut sgt...tenang je sbb dia kedalam sket..

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum semua. setelah membaca semua pengalaman awak semua, sy pun nak jugak la share sikit kisah sy kat hotel ni pada tahun 2012 macamtu. Saya ni jenis lemah semangat dan boleh rasa kalau ada sesuatu kehadiran misteri di sekeliling sy. (gift ni saya dapat sebelum masuk Islam dan setelah berubat banyak kali akhirnya sy masuk Islam dan berjaya berubat) okey sambung balik kisah ni. Saya datang ke sini sebab hotel lain penuh, masa tu sehari sebelum Raya. sy datang sbb nak beraya dengan family kawan. jadi plan tinggal di hotel jela. Malam tu saya sampai sni dalam pkl 8 camtu. Checkin dan dapat bilik area tingkat 2 atau 3 camtu tp yg hujuuung sekaliii😂 dekat dengan lift rosak..masa buka pintu terkejut bilik luas. then, sy ternampak mcm ada lembaga perempuan rambut panjang berdiri luar balkoni.. sy toleh semula, tiada. sy terus g tandas sbb sy x sedap ht. tak tahuu la apa yg membuatkan sy utk ke tandas terus. saya buka paip air.. keluar darah. sy trus panggil kawan sy nak bgtau dia. tapi air paip keluar air biasa jernih je. sy bgtau die,betul sy nampak darah td.. dia cakap mungkin air karat. tapi sy bkeras hati cakap tak mungkin karat. warna darah sy kenal sbb sy kerja KKM.. xkan xcam darah camane.. dia senyap. Sy tengok semua meja katil mmg berhabuk dan rambut panjang banyak merata2 atas lantai, atas tilam, atas meja. Sy skli lg ternampak perempuan td. Tiba2 kwan sy cakap takpe jomla kita turun balik. dan dia tak cakap banyak terus keluar, sy follow dr belakang.masa otw turun, sy br perasan.. hanya kami je yg berade d tgkat tersebut 😂 sampai je d kaunter, sy ckp kt org kaunter xjadilah nk duduk sini. sy pulangkan kunci. dan sy ingat nak burn je la duit td rm150.. tp apa yg mengejutkan.. org kaunter kata TAK APA DAH BIASA PUN sambil pulangkn duit td. Dia cakap sgt baik dan sopan santun. terkejut la kami. Dalam kereta, rupanya lepas keluar dr tandas dan berbahas ttg darah tu, sy ada nampak perempuan luar balkoni, kwn pun nampak jugak. patutlah dia dah x berbahas dgn sy. hahaha.. baru nak caye. mase dlm kereta, sy tertidur.. kwn drive. Kwn cerita dia xjmoa 1 pun hotel. sepanjang jln kosong. tibe2 dalam pkl 3 4 pagi ada pakcik tahan kereta, kwn berhenti. pakcik tu ckp "Anak nak cari tempat tidur ke?" kawan jawablah ye. Kwn pun dh penat sgt.. Pakcik tu bg no Tel.. kwn ucap TQ dan pergi. Kwn kol no tu xdpt. xde org angkat. Kwn teringat pakcik tu ckp ade challet anak die depan sikit. Tapi kwn x jumpa pun. Last sekali subuh kami sampai kat 1 motel ke Hotel murah camtu. bayar rm50 je😂 terus tido. bangun2 tghri dan penuh taik cicak rupanya sekeliling kami. kunci kmi tgalkan je situ sbb x jumpe tuan nya.. kmi pun balik KL akhirnya setelah sambut raya pertama. gile ar.. mmg xkn dtg dh situ...

    ReplyDelete
  38. sy bru je bercuti kt hotel ni 21hb 3 2021..alhamdulillah spnjg 1mlm duduk di tingkt 2 blik no 231 xde plk alami apa2 gngguan... pling best bila kolam renang dia sesuai sgt untuk ank2 mndi n main...sb bnyk prmainan...so far puas atila...cuma breakfast dia xbuat buffet dia buat ala cart n buku menu pon xde...xbnyk pilihan..hrp dipertingktkn lagi makann kt ctu...

    ReplyDelete
  39. baru je balik .. stay on 2/4 - 4/4 2021. bilik 216, kami sampai jumaat petang terus check in.masa tu tak ramai sgt,masa masuk bilik tu mcm teruja jerla..almaklum first time. kami bertiga dgn anak umo 4 tahun.xdelah rasa mistik sgt sbb kami mmg keluar malam utk makan,ok jer walau bilik agak jauh dr lift dan lampu suram. yg kata bunyi perabot mcm seret2 tu ada lah sy dgr 3-4x tp belah siang jd x terfikir apa2 lah.. kami pon bilik menghadap atv park. tido pun lewat.. xde apa2 pun rasa feel seram ke apa..cuma waktu stay situ akk sy yg tak bersama siap bgtau malam tido lampu buka je.. so kami buka area pintu dan toilet je.. dia lak rasa something.. and we will repeat again. hopefully xdelah lalui benda tu semua.. so far ok je. anak pun x meragam.. meragam nak terjun pool je adalah..

    ReplyDelete
  40. Hi kami sekelurga anak kecik 6org. baru pergi bulan 3 2022.. So far ok hotel xde mengalami masalah gangguan. Kami cek in 3hari.. Kolam renang best byk permainan anak² suke.. Staff semua mesra pelanggan, bilik selesa n bersih.. Cuma sunyi sikit tak ramai mgkin sebab kami pergi time hari biasa org berkerja...

    ReplyDelete
  41. alhamdulillah baru baru ni pergi July 2022, kami semua ok. dapat bilik 307, aircond sejuk, bilik selesa, anak2 happy sangat dapat main waterpark

    ReplyDelete